1446 H / 2025 M
Apakah itu Program Ihya’ Ramadhan?
Program Ihya’ Ramadhan merupakan sebuah program yang penuh dengan kepelbagaian aktiviti keagamaan dan kerohanian yang dianjurkan oleh Musolla Ar Raudhah sepanjang bulan Ramadhan bagi menyemarakkan suasana ibadah. Terdapat pelbagai aktiviti yang dianjurkan, antaranya :
Iftar | Moreh | Sahur | Tazkirah Ramadhan | Majlis Khatam Al-Quran | Tadarus | Qiamullail 10 Malam Terakhir
Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh mengikuti Musolla Ar-Raudhah di media sosial seperti TikTok, Facebook, Instagram, dan YouTube.
Semoga sumbangan anda mendapat ganjaran yang berlipat ganda di bulan yang penuh barakah ini! 🌙
Infaq / Tajaan Ramadhan
Iftar | Moreh | Sahur
Iftar
Bagi menjayakan program ini, kami mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada anda semua. Jumlah sumbangan yang diperlukan adalah sebanyak RM1000.00 sehari bagi menampung kos penyediaan juadah iftar untuk para jemaah.
Sahur
Bagi memastikan kelancaran program ini, kami amat mengalu-alukan sumbangan daripada anda semua. Jumlah sumbangan yang diperlukan adalah sebanyak RM200.00 sehari bagi menampung kos penyediaan hidangan sahur untuk para jemaah untuk 10 malam terakhir.
Moreh
Bagi memastikan kelancaran program ini, kami amat mengalu-alukan sumbangan daripada anda semua. Jumlah sumbangan yang diperlukan adalah sebanyak RM350.00 sehari bagi menampung kos penyediaan hidangan moreh untuk para jemaah.
Pakej Program Ihya’ Ramadhan
Kami membuka peluang untuk anda berinfaq melalui enam pilihan pakej yang tersedia. Slot infaq ini sentiasa dibuka bagi memudahkan para penginfaq menyumbang pada bila-bila masa. Setiap infaq yang diterima akan disalurkan mengikut pakej yang dipilih, memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

PAKEJ 1 : Iftar RM 1000.00

PAKEJ 2 : Iftar RM 500.00

PAKEJ 3 : Iftar RM 100.00

PAKEJ 4 : Iftar Amaun Terbuka

Moreh

Sahur
Tajaan Ramadhan MAR

Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di :
Haji Ahmad Bahri : 019-924 6062
Hotline Musolla Ar Raudhah : 013-360 9090